Khalish Beautyzone: Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata


Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.


bekerja depan pc



Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.

Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.

Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain.


kedutan bawah mata



Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;



1. Banyakkan meminum air kosong. 

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.



2. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.



3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.



Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.


Ada lagi 5 cara merawat lingkaran hitam bawah mata kat sini, jadi jom kita sama-sama tengok;


[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato

Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.


Atau cara alternatifnya;


Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.

Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.


[2] Uncang teh


Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.

Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


[3] Minyak almond




Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)


[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik


Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.

Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. :D

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)


[5] Biji buah berangan


Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.

Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.


Selamat Mencuba!



Comments
0 Comments

No comments:

© Khalish Beautyzone | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™